ʿAqīl المُصْطَفَوِي

ʿAqīl المُصْطَفَوِي

24-12-2020

05:14

Ulangsiar bagi mereka yang suka meletakkan label-label moden kepada Nabi mulia kita, Muhammad ﷺ. Such modern labels are unworthy to be ascribed to the Prophet ﷺ—to whom even Allāh and the angels send their prayers upon. Saya petik kata-kata al-Shahīd Sayyid Qutb rahimahullāh:

“Sesetengah penulis, [...], berusaha mencari hubungan dan persamaan antara [Islam] dengan sistem-sistem lain yang diketahui oleh dunia purba atau dunia moden, zaman sebelum dan selepas kedatangan Islam. Dan sebahagian daripada mereka betul-betul percaya mereka menemui hujah...

yang kuat untuk menyokong Islam apabila mereka mampu mencari persamaan antara Islam dengan salah satu sistem moden atau purba. Realitinya, idea ini tidak menggambarkan apa-apa melainkan satu kepercayaan dalaman bahawa sistem Islam itu ‘inferior’ berbanding yang di Barat.

Islam tidak akan mencuba, bahkan tidak pernah mencuba untuk mengikut sistem lain, atau untuk mencari hubungan atau persamaan antaranya dengan yang lain. Sebaliknya, Islam telah memilih jalannya yang tersendiri... Perbezaan atau persamaan [antara Islam dengan sistem lain]...

hanyalah kebetulan semata-mata dan berlaku pada perkara-perkara ‘detail’ yang berterabur; maka dalam kebetulan persamaan atau kelainan itu tidak boleh kita berikannya ‘significance’.

Perkara signifikan hakiki ialah ‘underlying theory’ dan falsafah yang unik kepada sistem itu. Islam ada kedua-duanya” Dipetik dari Social Justice in Islam.

Apa yang Qutb hendak katakan ialah: meskipun secara zahir kita melihat sebahagian perbuatan/perjuangan Islam sama dengan yang dilakukan oleh sistem lain, itu tidak memberi makna apa-apa. ‘Underlying theory’ disebalik perjuangan Islam ialah hukum daripada Allah.

Segala hak dan batas itu ditetapkan oleh Allah dan diketahui daripada al-Qur’an dan Sunnah. Ini bukan ‘underlying theory’ disebalik ideologi lain, maka sebab itu dalam sesetengah hal mereka melampaui batas dan sesetengah hal kita boleh bersetuju.

Hakikatnya, dalam hal yang kita mungkin bersetuju, foundation perjuangan mereka juga berbeza meskipun kita tidak boleh nampak, maka jalan yang paling selamat adalah untuk mengikut Islam. Wallāhu a’lam. Betulkan jika saya tersalah.


Follow us on Twitter

to be informed of the latest developments and updates!


You can easily use to @tivitikothread bot for create more readable thread!
Donate 💲

You can keep this app free of charge by supporting 😊

for server charges...