ʿAqīl المُصْطَفَوِي

ʿAqīl المُصْطَفَوِي

27-10-2020

08:10

Saya pernah baca tentang ni dulu. Seorang penulis teater Perancis abad ke-19 bernama Henri de Bornier telah mengarang cerita teater bernama "Mahomet" yang mempunyai elemen penghinaan kepada Nabi Muhammad ﷺ. Ini ialah bebenang ringkas, inshaAllah.

Mudahnya, ia adalah cerita kononnya Nabi Muhammad ﷺ rasa inferior berbanding dengan Nabi Isa a.s. dan tidak akan mencapai tahap yang samanya. de Bornier menggunakan insiden al-ifk(fitnah) yang berlaku yang melibatkan Sayyidatina 'Aisha r.a. difitnah oleh golongan munafiq...

telah berzina dengan seorang sahabat, Safwan ibn Mu'attal. Kisah ini masyhur merupakan sebab nuzul Surah al-Nur: 11 dan diriwayatkan juga dalam kitab-kitab hadith muktabar. Dalam versi de Bornier, dia mengatakan Nabi Muhammad ﷺ telah menjadi gila apabila Sayyidatina...

A'isha r.a. menuduh baginda tidak memberikan kasih sayang yang cukup, lalu baginda telah meminum segelas racun dan membunuh dirinya. Na'uzubillahi min zalik. Moga Allah menghancurkan orang-orang yang mengeji Nabi Muhammad ﷺ.

Hasil dari penulisan cerita teater ini, suatu akhbar Ottoman telah mencetak berita tentangnya apabila cerita ini mula untuk di-'rehearsed' di Perancis. Kementerian Luar Negeri Perancis cuba untuk negotiate dengan duta Ottoman di Paris, Es'at Pasha, dengan mengatakan bahawa...

ia sebenarnya bukan satu serangan kepada agama Islam. Namun, alasan-alasan lain yang diberinya (lakonan ta'ziyya Parsi juga menceritakan tentang kewafatan Nabi Muhammad ﷺ, etc) juga tidak memuaskan hati kerajaan Ottoman.

Pada tahun 1980, PM Perancis Charles de Freycinet mengharamkan cerita teater itu untuk ditayangkan/dilakonkan di Perancis. Dan ini telah membuat Sultan Abdul Hamid II berpuas hati. Sumber: C.E. Bosworth, A Dramatisation of the Prophet Muhammad's Life

Pembetulan: tahun 1890. Maaf atas typo. Wallāhu a’lam


Follow us on Twitter

to be informed of the latest developments and updates!


You can easily use to @tivitikothread bot for create more readable thread!
Donate 💲

You can keep this app free of charge by supporting 😊

for server charges...