ʿAqīl المُصْطَفَوِي

ʿAqīl المُصْطَفَوِي

15-05-2021

00:39

Muhammad Asad (Leopold Weiss)—moga Allāh merahmatinya—seorang wartawan berbangsa Yahudi, kemudian memeluk Islam setelah bertahun-tahun mengembara di Timur Tengah. Seorang penulis dan pemikir hebat. Dalam autobiografi beliau, The Road to Mecca, ada diceritakan tentang Zionisme.

Palestin, kata beliau ketika melawatnya pada tahun 1922, ada bilangan orang Arab yang jauh lebih tinggi dari orang berbangsa Yahudi, nisbah hampir 5 orang Arab bagi setiap seorang Yahudi. Ketika ini beliau belum memeluk Islam.

Beliau berjumpa dengan Menahem Ussyshkin, pengerusi Zionist Committee of Action. Ussyshkin seakan tidak mengendahkan bahawa orang Arab merupakan majoriti. Tentangan Arab terhadap Zionisme juga tidak diendahkan. "Mr. Ussyskin's response showed nothing but contempt for the Arabs:

There is no real movement here against us...[The opposition] will collapse of itself within a few months or at most a few years." Kata Asad, cara Yahudi Zionis menduduki Palestin ketika itu bukan seperti orang yang pulang ke tanah asalnya, tetapi mereka *mahu menjadikannya*...

seperti tanah asal mereka mengikut acuan dan tujuan Eropah. "In short, they were strangers within the gates". Sungguhpun Asad sendiri berbangsa Yahudi, beliau menentang Zionisme dan merasakan bahawa orang Arab ditindas dan memang patut menentang penjajahan Zionisme.

Beliau juga berjumpa dengan Dr. Chaim Weizmann, ketua agung gerakan Zionisme. Ketika beliau bertanya kepada Weizmann tidakkan dia rasa salah untuk menghalau penduduk Palestin yang dah memang duduk di negara itu sejak sekian lama ("does not the moral aspect [...] bother you?")

Weizmann menjawab bahawa itulah negara mereka dan mereka hanya mengambil balik hak mereka. Asad berhujah balik, bukankah orang-orang di Palestin, yang berbahasa Arab, sama ada Muslim atau Kristian, merupakan keturunan langsung daripada penduduk asal tanah itu sebelum...

kedatangan Bani Israel? Weizmann hanya tersenyum dan menukar topik. Lagi satu benda penting yang dikatakan oleh Asad ialah bukan semua orang Yahudi di Palestin itu Zionis. "Some of them had come there not in pursuit of a political aim, but out of a religious longing for the..

Holy Land and its Biblical associations". Asad bercerita tentang seorang rakannya yang seperti ini: "A man of deep religious convictions—as 'orthodox' as any Jew of Eastern Europe—he did not approve of the idea of Zionism, for he believed that the return of his people to...

the Promised Land had to await the coming of the Messiah". Dan pada tahun 20-an, orang Arab masih membezakan antara Zionis dan orang Yahudi yang berbaik dengan mereka seperti kawan Muhammad Asad ini.

Buku The Road to Mecca ini antara buku kegemaran saya. Saya sarankan anda membacanya. Beliau juga menterjemahkan al-Qur'ān ke dalam bahasa Inggeris, antara terjemahan kegemaran saya meskipun beliau ada rationalist tendencies—beliau banyak merujuk Imām al-Zamakhsharī...

dan Imām Fakhr al-Dīn al-Rāzī dalam nota kaki beliau. Namun bagi saya, terjemahan Bahasa Inggeris beliau yang paling dapat tangkap kesenian dan kehalusan bahasa Arab berbanding terjemahan-terjemahan lain. Wallāhu a'lam.



Follow us on Twitter

to be informed of the latest developments and updates!


You can easily use to @tivitikothread bot for create more readable thread!
Donate 💲

You can keep this app free of charge by supporting 😊

for server charges...