ʿAqīl المُصْطَفَوِي

ʿAqīl المُصْطَفَوِي

28-12-2021

22:59

Tak tahulah kita baca buku Imām al-Ghazālī رضي الله عنه yang berbeza ke apa, sebab dari pembacaan saya, apa yang Imām al-Ghazālī sebutkan completely opposite dengan ciapan di bawah ini. Ini bebenang sanggahan, inshāAllāh.

1. Perempuan sebagai pemuas lelaki? Imām al-Ghazālī dalam petikan ini terang-terang menyatakan bahawa salah untuk kita katakan bahawa tujuan berkahwin ialah untuk kepuasan nafsu semata-mata[teks Arab: الشهوة]. Bahkan, tujuan berkahwin yang utama ialah untuk mendapatkan…

anak, ini yang utama. Nafsu shahwat ini hanya berfungsi sebagai penggerak[inducement/باعثة عليه] ke arah mendapatkan anak sahaja. “The greatest virtue of marriage lies in its being the means of having children”. Ya, memang imām al-Ghazālī nyatakan salah satu faedah perkahwinan

ialah sebagai tempat yang ḥalāl untuk menyalurkan nafsu, tapi beliau sendiri mengatakan faedah ini ‘inferior’ berbanding faedah mendapatkan anak. Even dalam Iḥyā’ pon kita boleh nampak traces of kealiman Imām al-Ghazālī dalam bidang manṭiq:

Nafsu shahwat merupakan satu “means” untuk kita sampai kepada satu “ends”, iaitu mendapatkan anak [الشهوة موكلة بتقاضي تحصيل الولد], lantas bagaimana kita boleh katakan kepuasan nafsu ialah sebab yang paling utama kalau ia hanya membawa kita kepada sebab lain?

Tujuan ada anak pula, obviously ada banyak, tapi kesemuanya berkisar perihal akhirat. Imām al-Ghazālī menyebut 4 sebab: 1. Dapatkan riḍā Allāh 2. Dapatkan cinta Nabi ﷺ dengan menambahkan umatnya yang beriman 3. Dapatkan du’ā anak yang soleh 4. Dapatkan shafāʿah anak kecil…

yang mati sebelum ibu-bapanya. Ramai dah familiar dengan ḥadīth bahawa seseorang anak Adam yang mati akan terputus amalannya kecuali tiga, salah satunya ialah du’ā anak yang soleh. Tambahan pula, jika seseorang anak kecil [kanak-kanak/bayi]…

mati terlebih dahulu sebelum ibu-bapanya, dia boleh menjadi pembantu [intercessor/شافع] untuk membawa mereka ke syurga. Untuk aḥādith dan huraian yang lengkap, silakan baca buku tersebut. Bahkan, nikmat berkahwin juga bukan untuk kepuasan semata-mata.

Kata beliau: nikmat di dunia ini fungsinya hanya sebagai peringatan [الترغيب] kepada nikmat yang kekal abadi di syurga, dan sepatutnya menjadi motivasi[باعثا] kepada beribadah kepada Allāh. Kalau dikatakan, habistu bagaimana pula dengan orang yang tak boleh dapatkan anak…

walaupun dah berkahwin? Adakah mereka tak perlu berkahwin dan adakah ini diskriminasi? Bukan. Kita perlu bezakan antara “advatanges”[الإقدام على النكاح] dan tuntutan agama [yang hukumnya berbeza-beza mengikut keadaan tertentu seseorang]. Sepertimana dinukilkan dalam buku…

tersebut, Sayyidunā Muʿādh r.a. tetap berkahwin apabila terkena penyakit taun walaupun dia tidak boleh mendapatkan anak, kerana kata Imām al-Ghazālī, kebolehan mendapatkan anak diluar pilihan kita sebagai manusia. Yang penting kita laksanakan tuntutan agama terlebih dahulu.

Sayyidunā ibn Masʿūd r.a. juga dinukilkan sebagai berkata, “kalau aku ada 10 hari sahaja lagi dalam hidupku, aku lebih suka untuk berkahwin supaya aku tak betemu Tuhan sebagai seorang yang bujang[عزبا] Kata Imām al-Ghazālī, ini menunjukkan perkahwinan itu sendiri satu kebaikan

[virtue/فضلا] dan bukan semata-mata untuk pertahankan diri daripada nafsu shahwat yang berlebihan. Sesiapa yang membaca Iḥyā’ perlu faham konteks kitab tersebut: Imām al-Ghazālī sangat menekankan melakukan semua perbuatan hanya untuk Allāh semata-mata.

Rujuk bab niat, keikhlasan dan kebenaran dalam rubuʾ yang keempat. Beliau punya only concern dalam setiap amal ialah mendapatkan riḍā Tuhan semata-mata tanpa dicampuri tujuan duniawi yang lain—itulah hakikat keikhlasan bagi beliau. Bagaimana boleh kita katakan seseorang yang…

dah mencapai maqām ini memberi nasihat kepada orang lain untuk berkahwin dengan tujuan kepuasan semata-mata? Mustahil sungguh! Baca dan telaah setiap ayat Imām yang agung ini, dan kita akan nampak ini satu fitnah yang dahsyat.

2. Perempuan sebagai kuli? Ada satu bahagian dalam buku ini yang sebut tentang ādāb bagi wanita, salah satunya ialah buat kerja rumah yang mana yang dia mampu [تقوم بكل خدمة في للدار التي تقدر عليها] Dalam kitab Itḥāf al-Sādah al-Muttaqīn, Sharaḥ kepada kitab Iḥyā’ oleh…

Imām Murtaḍā al-Zabīdī رحمه الله, beliau mensyarahkan kerja rumah sebagai sapu rumah setiap hari, kemaskan katil, bersihkan sarang labah-labah, memasak, isi air dalam bekas, bagi makan dan minum kepada haiwan tunggangan, etc [5/410].

Dalam erti kata lain, kerja-kerja standard seorang suri rumah. Kalau nak kata buat semua kerja ini adalah sama seperti kuli, saya bersimpati kepada semua suri rumah yang dihina sebagai seorang kuli. Bahkan, disebutkan juga kebolehan suami untuk hire pembantu untuk ringankan..

kerja isteri. Kalau nak dikatakan kenapa hanya perempuan yang di-specify untuk ādāb ini dan bukan lelaki? Kerana lelaki dituntut untuk mencari nafkah yang ḥalāl dan untuk menunaikan hak-hak kepada isterinya, bahkan untuk bersabar dengan karenah mereka [الصبر على أخلاقهن]…

dan untuk bertahan dengan kesakitan dari mereka[احتمال الأذى منهن]. Petikan di bawah cukup menunjukkan kepentingan si suami menunaikan tanggungjawab dia, dan ancaman bagi orang yang lari darinya. Bahkan Imām al-Ghazālī mengatakan wajib bagi wali untuk periksa ciri-ciri lelaki

[يجب على الولي أيضا أن يراعي خصال الزوج] supaya tidak mengahwinkan anak perempuannya dengan seseorang yang kurang menunaikan hak kepada isterinya [قصر عن القيام بحقها] 3. Perempuan sebagai objek? Cukup saya sertakan excerpt dari buku tersebut yang…

mengandungi ḥadīth Nabi ﷺ dan kata-kata ṣahābat untuk melayan isteri dengan baik. Ḥadīth yang dinukilkan, “Muslim yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan sebaik-baik di kalakangan kamu ialah yang berbuat baik kepada isteri kamu” [al-Tirmidhī].

Kesimpulannya, seperti yang saya pernah katakan sebelum ini: some can read, of those who can most are functionally illiterate and cannot reason as a consequence. Entah apa-apa sajalah. Oh ya, dan daging ʿulamā’ itu beracun.

Moga Allāh merahmati Imām al-Ghazālī, Ḥujjat al-Islām, mujaddid abad ke-5 hijrah, dan memberi kita keupayaan untuk mendapat manfaat dari ilmu beliau. Wallāhu aʾlam. Betulkan jika saya tersalah.



Follow us on Twitter

to be informed of the latest developments and updates!


You can easily use to @tivitikothread bot for create more readable thread!
Donate 💲

You can keep this app free of charge by supporting 😊

for server charges...