ʿAqīl المُصْطَفَوِي

ʿAqīl المُصْطَفَوِي

18-12-2020

12:39

Bila baca isu climate change dengan jantina ni, teringat pula pernah belajar satu paper epistemologi yang ditulis oleh Alison Wylie tentang ‘standpoint theory’. Standpoint theory ialah teori yang banyak digunakan dalam falsafah feminisme dalam perbincangan tentang pengetahuan.

Teori ini menjelaskan bahawa ‘social location’ atau kedudukan kita dalam masyarakat (berdasarkan jantina, bangsa etc) akan memberikan perbezaan epistemik iaitu perbezaan dari segi maklumat, pengetahuan, bukti, cara berfikir etc Teori ini popular dengan gerakan feminisme 2nd wave

Standpoint merujuk kepada keadaan di mana seorang individu mempunyai kesedaran tentang kedudukannya dalam masyarakat sebagai ahli sesuatu kumpulan (biasanya kumpulan jantina atau bangsa). Ia bukan perspektif semata-mata. Teori ini mencadangkan satu thesis menarik yang diambil...

dari falsafah Hegel dan Marx, iaitu ‘inversion thesis’. Dalam struktur kuasa masyarakat, golongan penindas berada di atas dan golongan ditindas berada di bawah. Namun, kedudukan ini diterbalikkan jika kita lihat kepada kapasiti siapa lebih mudah untuk menjadi ‘aware’.

Golongan yang tertindas lebih mudah untuk mendapat kesedaran ini kerana merekalah yang terpaksa hidup dalam keadaan kewujudan mereka sentiasa berpaksikan kepada golongan penindas. Ini berkait dengan “double consciousness” yang ditulis oleh Fanon(bangsa) dan de Beauvoir(jantina).

Jadi, menurut Wylie, mengambil cakna tentang standpoint setiap individu ialah langkah penting untuk bergerak ke arah ‘objectivity’ dalam sains sosial, termasuk dalam membuat polisi yang memberi kesan kepada setiap ahli masyarakat. Seseorang yang ditindas mempunyai

akses kepada maklumat dan pengetahuan yang tidak mungkin diperoleh oleh si penindas: itu logik disebalik teori ini. Namun, satu konsep penting yang sering dilupakan ialah teori standpoint menolak idea “automatic epistemic privilege”, iaitu idea bahawa seseorang itu secara...

automatik mempunyai pengetahuan yang lebih banyak atau lebih baik hanya kerana kerana mereka daripada golongan yang tertindas. Tidak semestinya kerana kita ahli kumpulan tertentu, lantas kita secara automatik tahu lebih banyak. ‘Mempunyai akses kepada maklumat’ tidak sama...

dengan ‘secara automatik ada pengetahuan’, itu disclaimer penting teori ini. Wylie berikan contoh pekerja kilang di daerah Maquiladoras: mereka mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bagaimana keadaan kerja mereka teruk dipergunakan untuk menjana pendapatan maksimum.

Tetapi ini tidak bermakna mereka mempunyai akses kepada maklumat atau mempunyai pengetahuan tentang langkah-langkah memindahkan kilang ke kawasan bebas tarif, perancangan masa hadapan kilang dah sebagainya. Fikir saya, bahagian ini yang orang sering terlepas pandang...

apabila mencanang idea ‘representation’ tetapi just for the sake of representation. Dan pada pendapat peribadi saya, ada masalah yang lebih besar dengan teori ini bila gerakan feminisme menggunakannya dalam semua perkara, bukan dalam sosial sains sahaja,...

iaitu “epistemic relativism”. Iaitu idea bahawa *semua* pengetahuan dan kebenaran ini hanya bergantung kepada perspektif, dan setiap perspektif wajar diambil kira hanya disebabkan kedudukan mereka dalam masyarakat yang tertindas.

Ini salah satu ‘clash’ terbesar antara gerakan feminisme 2nd wave dan 3rd wave dengan Islam, dan juga salah satu tanda pemikiran yang berlandaskan falsafah pascamodernisme.

Sesiapa yang rajin membaca karya tentang Islam oleh penulis-penulis moden tentu tahu bahawa pemikiran jenis ini banyak menyelinap masuk, jadi kita sama-sama boleh usaha kearah pemikiran lebih kritis inshāAllāh. Moga bermanfaat. Wallāhu a’lam. Betulkan jika saya tersalah.


Follow us on Twitter

to be informed of the latest developments and updates!


You can easily use to @tivitikothread bot for create more readable thread!
Donate 💲

You can keep this app free of charge by supporting 😊

for server charges...