ʿAqīl المُصْطَفَوِي

ʿAqīl المُصْطَفَوِي

11-09-2021

21:03

“Kenapa nak asyik berbalik kepada soal istilah?” Camni. Firstly, discuss pasal istilah/takrifan tak bermaksud kita deny the lived realities of people tentang masalah-masalah yang berlaku. Abstract discussions and perjuangan on the ground are not mutually exclusive.

Boleh tak saya pertikaikan ustaz-ustaz yang bincang soal taʾrīf, hukum, syarat bagi ʿibādah dan kata kepada mereka “tak habis-habis bincang pasal benda ni, ramai lagi orang kat luar sana ramai lagi tinggal solat, bermaksiat, etc, kenapa tak tegur semua tu?” Tak kan?

al-amr bi l-maʾrūf wa l-nahy ʿan al-munkar, which is a concrete action, tetap wajib dijalankan. Bincang hal-hal dalam kitab tak negate keperluan membuat perubahan on the ground. Kedua: Ini bukan soal semantik sahaja. Bukan sekadar “oh apa masalah dengan term ni? its just a word”

Kaedah ilmu in our tradition dah lama katakan: لا مشاحة في الاصطلاح “there is no dispute in [matters of] terminology” Tapi, this maxim only tertakluk kalau kita dah agree on *makna* in the first place. Contoh, saya kata makna X ialah “abcd”. Kemudian, ada orang lain kata…

“tak, sebenarnya nama untuk “abcd” ni kita kena panggil Y”. Di sini lah baru kita boleh katakan: tiada perbalahan, ikut suka lah nak panggil X ke Y asalkan kita agree bahawa benda ni bermaksud “abcd”. Tapi, bila kita nak attribute something kepada Nabi ﷺ, kita kena accurate.

Dalam mantiq, sesuatu definisi hanya diterima kalau ia fulfil dua syarat: 1) jāmiʾ [inclusive] 2) māniʾ [exclusive] Inclusive bermaksud sesuatu definisi mesti worded in such a way that semua benda yang layak dinisbahkan kepada terma tu dapat ditangkap oleh definisinya.

Exclusive bermaksud semua benda yang tak layak dinisbahkan kepada terma tu akan ditolak oleh definisinya. Contoh: definisi yang ahli mantiq berikan kepada human [al-insān] ialah “the rational animal” [al-ḥayawān al-nāṭiq]. Adakah semua manusia itu “animal”? (bukan dari segi..

literal, tapi dari segi sesuatu yang hidup dan bergerak ikut suka). Ya, jadi semua manusia termasuk dalam definisi ni. Tapi kalau kita berhenti dekat situ dan katakan “humans are animals”, maka benda-benda tak berkaitan macam kucing, katak etc akan termasuk dalam terma tu juga.

Jadi, dia perlu bersifat exclusive juga, maka kita tambah: “humans are *rational* animals”. Barulah benda-benda tak berkaitan akan dikeluarkan daripada penggunaan terma tu, dan kita boleh katakan definisi ini dah sempurna. Jadi, kalau kamu nak katakan, feminist ialah seseorang..

yang berjuang untuk hak wanita, kemudian meletakkan label tu kepada Nabi ﷺ hanya kerana baginda ﷺ juga perjuangkan hak wanita, ia tidak tepati syarat sesuatu itu jāmiʾ and māniʾ. Ia tidak bersifat inklusif sebab ia tidak capture the entire framework of “rights” dalam Islām.

Apa sekali hak-hak dalam Islām, ia tidak boleh dipisahkan oleh tanggungjawab. Ini yang disebut oleh Shaykh Ramaḍān al-Būṭī dalam bukunya al-Mar’ah bayna Ṭughyān al-Gharbī wa Laṭā’if al-Tasyrīʾ al-Rabbānī. Beliau juga membawakan sebuah ḥadīth yang menjadi basis kepada…

soal segala hak-hak lain, “Sesungguhnya hak Allah atas para hamba adalah beribadah kepada-Nya dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan hak hamba atas Allah adalah Dia tidak menyiksa hamba yang tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apapun.” [al-Bukhāri dan Muslim]

Tetapi bila kita define term “feminist” solely in terms of perjuangan rights yang equal, kemudian menisbahkannya kepada Nabi ﷺ, ia tidak capture the entire framework that Nabi ﷺ was fighting for; which includes distinct responsibilities mengikut syaraʾ as well as rights.

Maka, pengistilahan kita tidak tepat sebab ia tidak bersifat jāmiʾ dengan perjuangan Nabi ﷺ. Kemudian, penisbahan istilah tersebut kepada Nabi ﷺ bersama definisi “perjuangan hak wanita” juga tidak bersifat ekslusif. Sebab kemudian akan timbul persoalan: bila kita cakap…

pasal “rights”, dari mana ia datang? Bila cakap pasal end-goal perjuangan, apakah dia? Dia tidak bersifat māniʾ sebab definition dia terlalu vague dan tak exclude benda-benda yang tak sepatutnya dinisbahkan kepada Nabi ﷺ. Kerana perjuangan hak-hak oleh Nabi ﷺ tak lain…

tak bukan, seperti yang ditulis oleh Shaykh al-Būṭī, adalah untuk ʿubūdiyyah liLlāh, iaitu pengabdian secara mutlak kepada Allāh. Semua benda selain daripada tujuan dan basis ini, tidak pernah diperjuangkan oleh Nabi ﷺ! Tapi penisbahan perkataan “feminist” kepada Nabi ﷺ…

on the basis that “Nabi ﷺ pon perjuangkan hak wanita” tidak bersifat exclusive sebab ia tidak negate the possibility of Nabi ﷺ perjuangkan hak kesamarataan untuk memaksimakan kebebasan individu [seperti liberal feminism] atau the possibility that Nabi ﷺ percaya…

bahawa lelaki dan wanita patut sama rata dalam *semua* benda 100%, dan sebagainya. Definisi dan penisbahan terma ini kepada Nabi ﷺ bukan sahaja tidak menepati syarat inclusive, tapi tak menepati syarat māniʾ [exclusive].

Ketiga, kalau dinyatakan “kenapa perlu kisah pasal benda ni kalau boleh faham bahawa jika kita kata Nabi ﷺ seorang feminis, kita bermaksud bahawa baginda mengikut acuan Islām sepenuhnya?” Senang sahaja, kerana terminology doesn’t exist in a void. Kewujudan sesuatu terma…

pada kebiasaannya akan dikaitkan dengan terma-terma lain. Contoh, bila saya sebut perkataan “progress”, apa istilah-istilah lain yang selalu dikaitkan dengannya? “Kemodenan”, “kecanggihan teknologi”, “kesenangan”, etc.

Cuba fikir kenapa perkataan-perkataan ini sahaja yang *selalu* dikaitkan dengan istilah “progress”? Ini satu fenomena yang disebut oleh René Guénon sebagai “falsification of language”, bila istilah-istilah ini diubah dari makna asalnya kerana a *particular* definition sering…

diulang-ulang oleh mentaliti orang ramai. Bagi Guénon, perkataan “progress” sepatutnya merujuk kepada tahap spiritual masyarakat, status metafizikal mereka, kefahaman kepada Tradisi yang sebenar, etc, tapi dah diubah dari maksud ini sebab ramai orang kaitkan progress dengan…

benda-benda di atas. Sama juga seperti Prof. SN al-ʿAṭṭās bila beliau memberikan takrifan yang baru untuk perkataan-perkataan seperti “justice/keadilan”, “progress”, “knowledge” etc sebab nak betulkan masalah falsification of language ini. Berbalik kepada term “feminist”…

term ini *kebiasannya* tidak bersifat neutral and only means “perjuangan hak wanita” tetapi banyak underlying concepts lain yang berkaitan dengannya seperti “equality”, “freedom of choice”, “patriarchy” etc. These underlying concepts, walaupun tak disebut secara explicit, kita…

maklum mempunyai perkaitan yang kuat dalam mentaliti ramai orang yang tak pernah question these notions in the first place. Tetapi Nabi ﷺ tidak pernah invoke and use these terms and concepts, baginda hanya invoke concepts yang purely Islāmic.

This disambiguation, to make it clear what we should invoke, the underlying concepts and assumptions and metaphysics that make up our worldview is apa yang saya ingin clear up bila saya menentang label feminist diletakkan kepada Nabi ﷺ. Ini bukan soal semantic semata-mata,…

tetapi ada perkaitan yang mendalam dengan konsep-konsep yang kita tak boleh nampak, tapi hanya boleh jadi jelas bila kita really scrutinise the meanings of words. Send endless peace and blessings onto our noble master Muḥammad ﷺ. Wallāhu aʾlam.

Addendum: Tambahan oleh ustadh Fakhri tentang konsep muṭābaqah, taḍammum dan iltizām.


Follow us on Twitter

to be informed of the latest developments and updates!


You can easily use to @tivitikothread bot for create more readable thread!
Donate 💲

You can keep this app free of charge by supporting 😊

for server charges...